23 Ogos 2008

SUMPAH SI MACAI (MOHD SAIFUL BUKHARI)



Apa Kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS tidak mempercayai sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sentiasa yakin penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat, menjadi mangsa konspirasi politik. "Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. "Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam rayuannya kepada pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan membuat keputusan 26 Ogos ini. "Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini." Sikap ini "harus lantang dan konsisten" hingga hari membuang undi, Selasa depan, tambahnya. Nik Abdul Aziz yang sering sakit-sakit kebelakangan ini dimasukkan ke hospital awal minggu ini. Menyedari pilihanraya kecil itu sangat sengit sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, menteri besar Kelantan berkata BN melalui calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah sedaya-upaya menewaskan Anwar agar menghalang "Pakatan Rakyat maju mara ke Putrajaya."Hanafi Hamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut menyertai persaingan dalam pilihanraya kecil itu.Untuk menyekat langkah Anwar, tambah Nik Abdul Aziz, BN sanggup mengulangi pertuduhan yang sama kepada bekas tokoh utama negara itu. "Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau."Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya," katanya. Nik Abdul Aziz berkata lagi, kemenangan mantan timbalan perdana menteri itu lagi "membetulkan landasan supaya negara ini selamat daripada ancaman kegelinciran iman, akidah dan taqwa kepada Allah." Selain itu, kata tokoh kanan PAS itu, kejayaan penasihat PKR itu juga membolehkan beliau "meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekali gus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar."

Malaysiakini

Apa Kata PutraPg76
Saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu ini berikutan soalan yang dikemukakan oleh kononnya 'para-para ilmiah agama' di tempat kerja saya. Soalan mereka ialah kenapa DSAI tidak mengangkat sumpah & kalau hadis 'silent' mengenai perkara & natijah mengenai sumpah laknat tersebut, mengapa DSAI tidak berani mengangkat sumpah. (dengan sinis mereka menyuarakan soalan tersebut).

Bagi saya sebenarnya saya berhadapan dengan kaum melayu yang memang BODOH dari segi ilmu agamanya. Mungkin agak 'sarcastic' saya menyuarakan pendapat saya walaupun saya mengaku ilmu agama saya tidaklah begitu dalam tapi tidaklah juga begitu jahil.

Hari ini, 23/8/2008 saya ditugaskan untuk mengambil seorang ustaz dari Rumah Terengganu di Samagagah (Kawasan Permatang Pauh). Ustaz tersebut merupakan ahli PAS dan ditugaskan untuk membantu kempen DSAI & juga berceramah disekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh. Setelah diamati, Ustaz tersebut bukanlah calang-calang orang dengan ilmu agama & juga pemikiran politiknya. Tujuan saya mengambil ustaz tersebut adalah untuk berceramah di Masjid At-Taqwa (Tmn Tun Sardon) pada 24/8/2008. Saya ada meminta pandangan beliau mengenai perkara tersebut. Dan inilah jawapan beliau....

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dato' Hashim Yahya pernah menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Polis Negara, Musa Hassan semasa mengerjakan umrah bersamanya di Mekah. Ustaz Dato' Hashim Yahya berkata kepada KPN agar jangan menipu di tanah suci Mekah kerana ALLAH akan menurunkan bala jika jemaah cuba berdusta di Mekah. Musa Hassan mengaku bahawa ini cuma mainan politik UMNO

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari (SB) pada 15/8/08 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan. SB secara terbuka menegaskan bahawa dia tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan di dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas DSAI adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap SB secara sukarela. Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?

Kenyataan bahawa 'SB diliwat kali pertama pada 26/6/08′ sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan dangkal ke atas DSAI, apabila dalam laporan akhbar utama akhir Jun dan awal Julai lepas melaporkan bahawa SB mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh DSAI, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui bahawa Saiful datang bertemu dengan beliau pada 25/6/08 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali. Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25/6/08 tersebut sekiranya SB hanya diliwat pada 26/6/08 sebagaimana didakwa semalam?

Prinsip yang ditegaskan oleh Ulama’tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa ‘persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah’. Adalah lebih tepat bagi SB untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini.

Pendakwaan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar di bawah hukum Qazaf yang dikemukakan kepada JAWI adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

Tiada ulasan: