15 Januari 2009

GAMBAR PERTUNANGAN ALONG RAJA LAWAK & ZILA AF4



GAMBAR ANAK DR FAZLEY & AZRENE - AHMAD FARIEDZ SHAH


DIANA DANIELLE & ADIK ANGKAT

IDA NERINA..ANDA NILAILAH SENDIRI



GAMBAR YANG AKU DOK TUNGGU NAK TGK PADA TAHUN NIE (2009)









DIMANA ASMAWI?

MALAYSIA ARTISTES FOR UNITY




APAKAH HOBI RAKYAT MALAYSIA?

Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda

Habis apa dia hobi mereka?

Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allah taala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja

Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala

Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala

Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka

Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fauzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna

ARTIS DULU LAGI HARU-BIRU

Jika anda fikir pelakon filem hari ini cukup seksi dengan pelbagai adegan yang tidak menyedapkan mata, mari lihat kembali adegan-adegan & para pelakon dalam filem era 80′an & 90′an.




Ziela Jalil






Sofea Jane




Kartina Aziz






Julia Rais




Nor Albaniah

10 Januari 2009

ANAK AKU KALI KEDUA MASUK HOSPITAL LAM WAH EE (9/1/2008)

Apa punya malang x tau..anak aku yang no. 2, Yasmin Syamimie masuk kali kedua kat Hospital Lam Wah Ee. Semua pasai serangga yang depa panggei CHALI. Aku pun tak tau la minatang apa tu tapi dia gigit dalam telinga anak aku sampai bengkak sebelah. Dalam telinga menanah teruk. Tapi depan katil anak aku lagi teruk...Satu keluarga terlibat dalam kemalangan jalanraya di Taman Alma, Bukit Mertajam malam new year baru ni. Bapak patah kedua belah kaki dan tangan kanan. Mak pulak lebam sebelah muka dan patah tangan kanan. Anak sulung berjahit di muka. Anak kedua patah kaki kanan. Anak ketiga patah kedua belah kaki...MASYAALLAH..semoga ALLAH menolong sepasang suami isteri tersebut menghadapi dugaan hidup(photo seperti tertera dibawah ni)











KAHITNA - CANTIK

05 Januari 2009

SAHABATKU @ MOHD REDZUAN (DARI SEORANG YANG SUSAH..KEPADA SEORANG YANG BERJAYA)



ARKIB : 09/05/2008 (UTUSAN MALAYSIA)
Daripada roti Melayu ke tauke roti Arab
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Sejak kebelakangan ini roti Arab mula menjadi kesukaan ramai. Ada yang gemar mencecah roti ini bersama kuah kari, dal, sambal atau mengikut cita rasa masing-masing. Roti yang hanya popular sejak dua tahun lalu, kini bukan sahaja menjalani perubahan demi perubahan dalam bentuk bahan, bahkan juga tempoh ketahanan.

Jika dahulu jangka hayatnya hanya tahan selama tiga hari dan bahannya hanya menggunakan tepung dan yis, tetapi kini ia telah diperbaiki supaya tahan lebih lama dan ditambah dengan fiber bagi memberi kebaikan khususnya kepada pesakit kencing manis, darah tinggi dan yang ingin mengamalkan diet.

Ini diakui oleh pemilik D'Home Bakery, Mohd. Rezuan Abdullah, 32, yang sering membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas roti Arab, produk utama bakerinya supaya ia berlainan dengan yang lain.

"Saya telah melakukan R&D selama setahun supaya roti ini tahan lebih lama. Alhamdulillah, usaha itu berjaya, produk roti keluaran saya boleh tahan sebulan jika diletak dalam suhu bilik dan jika disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan selama setahun. Saya buat itu bagi membolehkan roti Arab mampu bersaing dengan roti yang lain.

"Pada permulaan diperkenalkan di Perlis dua tahun lalu, roti ini hanya boleh tahan tiga hari, tetapi apabila sampai ke Kuala Lumpur, jangka hayatnya hanya tinggal dua hari. Ini menyukarkan untuk terus menembusi pasaran.

"Dengan pengalaman saya dalam bidang kimia, tanpa putus asa saya telah melakukan ujian supaya roti ini tahan lama dan akhirnya membawa hasil yang membanggakan.

"Saya tidak meletakkan pengawet kimia, sebaliknya pengawet semula jadi yang saya cipta iaitu dengan cara stim bagi mengekalkan kelembapan roti selepas dibakar sekali gus memanjangkan jangka hayat roti," katanya ketika ditemui di bengkel rotinya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Lulusan dalam sains tulen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini berkata, penglibatannya dalam pembuatan roti didorong oleh minat isterinya, Siti Murni Surya, 30.

"Siti Murni yang memberi idea untuk menceburi bidang ini, bahkan beliau telah pergi menghadiri kursus asas pembuatan roti anjuran Jabatan Pertanian. Kemudian saya pula pergi belajar membuat roti dengan mentor iaitu pemilik kilang roti di Tanjung Karang, Selangor, Jaafar Musa, bagi mendalami lagi ilmu dalam bidang itu.

"Dari situ, kami mula membuat roti sandwic, roti inti kelapa dan kacang yang dijual di sekitar kawasan perumahan dengan menaiki motor," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia setahun setengah hingga lapan tahun ini.

Menurut Mohd. Rezuan, penglibatan dalam pembuatan roti Arab ini mempunyai cerita yang menarik.

"Roti Arab ciptaan saya ini dahulunya namanya roti Melayu. Jika dilihat dari segi bahan dan teksturnya, memang ada kelainan dengan roti Arab yang ada di pasaran.

" Bagaimanapun pada waktu itu, pelanggan menyatakan ia seperti roti Arab, maka saya pun tukar nama kepada yang ada sekarang bagi mempopularkan lagi produk yang sedang meningkat naik pada waktu itu.

"Maka hinggalah sekarang ia dikenali sebagai roti Arab, tetapi mempunyai keistimewaan kerana jangka hayat yang panjang iaitu sebulan dan diletakkan fiber sebagai salah satu bahan utama.

"Ini membolehkan roti Arab keluaran saya sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi yang ingin menggantikan nasi sebagai makanan ruji," jelasnya yang telah menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak tujuh tahun lalu.

Bekas penganalisis makmal ini memberitahu, sebelum terlibat dalam bidang pembuatan roti ini, pelbagai perniagaan telah dilakukan seperti mengusahakan tadika, nurseri, memproses ikan pekasam dan membekal makanan laut. Tetapi semuanya tidak lama kerana banyak masalah yang timbul.

Justeru, apabila isterinya menyuarakan idea untuk membuat roti, beliau terus bersetuju kerana bidang ini membawa pulangan harian.

Walaupun waktu itu, hanya dibuat di dalam bilik kecil di tingkat bawah rumahnya, Mohd. Rezuan dan Siti Murni menggagahkan diri memulakan kerja-kerja membuat roti.

Melihat kepada permintaan yang memberangsangkan khususnya di kalangan penduduk di sekitar kawasan perumahan, perniagaan berpindah ke sebuah premis rumah kedai yang disewa.

Begitupun, disebabkan kos pembuatan yang meningkat, kerja-kerja membuat roti kembali ke rumah semula.

Kini, setiap hari, sebanyak 1,500 keping roti Arab disiapkan dengan dibantu oleh dua orang pekerja. Selain roti Arab, Mohd. Rezuan turut membuat roti John, roti inti, roti Bengali dan roti keras.

"Dalam sehari sebanyak tiga guni tepung seberat 25 kilogram setiap satu digunakan untuk membuat produk keluarannya. Semua kerja-kerja bermula dari pukul 7 pagi hingga 6 petang atau sehingga doh habis dibuat," ujarnya.

Kata Mohd. Rezuan, kini terdapat empat orang ejen yang membantu mengedarkan rotinya di sekitar Rawang, Tanjung Malim, Tanjung Karang dan Selayang.

Roti Arabnya boleh diperoleh di restoran-restoran dan pasar malam sekitar kawasan tersebut.

Beliau yang gemar melakukan R&D memberitahu, beliau kini sedang mencari pelabur yang ingin membeli hasil ciptaannya iaitu doh sejuk beku untuk roti burger.

"Saya telah membuat penyelidikan mengenainya enam bulan lalu. Dengan doh segera ini boleh menjimatkan kos roti burger sehingga 30 peratus.

"Doh sejuk beku ini hanya perlu dibakar dan diletakkan jenama sendiri. Selain menjimatkan waktu kerana tidak perlu mengadunkan, kos buruh dan waktu membuatnya boleh dikurangkan sekali gus mungkin menurunkan harganya.

"Bagi yang ingin membeli produk ciptaan saya ini dan menjadi pengedar roti Arab, boleh menghubungi di talian 012-9102824," jelasnya yang mempunyai impian untuk mempunyai kilang dan bakeri yang mampu bersaing dengan jenama roti yang sedia ada.


______________________________________________________

Dulu dia sikit punya susah..sampai mak aku hari-hari beli ikan kat dia untuk mengelakkan kerugian..nak makan pun takdak duit..last-last dah berjaya hang Bulat ..baguih la