02 Julai 2008

Selamatkan Malaysia, Keadilan Untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim!!!

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan Polis terhadap Peguam Negara, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Shah Alam 2 Petang ini. Manakala satu sidang akhbar pula akan menyusul di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara pada jam 3.30 petang. Semalam kira-kira 200 orang berkumpul di Ibu Pejabat KeADILan bagi mendengar amanat Anwar selepas pulang dari kedutaan Turki jam 6 petang semalam. Walaubagaimanapun Anwar tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau dikatakan mempunyai perjumpaan penting bersama barisan peguam.

Tiada ulasan: