29 Mei 2008

Produk Tidak Halal & Jawapan Dari JAKIM @ anda nilailah sendiri










kemusykilan pada MACKEREL DALAM SOS TOMATO diimport oleh CHERN CHANG CHAN HOLDINGS SDN BHD beralamat Lot 865, Jalan Kampung, Kampung Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan.


Jawapan dari JAKIM :
Tindakan akan diambil sekiranya produk tersebut menggunakan logo halal JAKIM. Maklumat syarikat tersebut tiada dalam direktori JAKIM. Pihak tuan dikehendaki memberi aduan lengkap tentang syarikat dan produk tersebut namun apa yang pasti, syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah.

Telah tersebar email menyatakan susu tepung untuk bayi Similac adalah diragui status halalnya kerana menggunakan hormon manusia.



http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/plugins/forum/forum_viewtopic.php?803.post

Email juga merujuk kepada Dr Maamor persatuan pengguna Islam.


Jawapan dari JAKIM :
JAKIM hanya memberi pengesahan halal untuk produk buatan tempatan sahaja. Bagi produk luar negara, terdapat beberapa Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf JAKIM.



Adakah produk coklat Daim dari Sweden yang dijual diLangkawi ianya halal dimakan kerana tiada dalam rekod halal JAKIM

Jawapan dari JAKIM :
JAKIM hanya memberi sijil pengesahan halal kepada barangan tempatan sahaja.

Tiada ulasan: