20 Mei 2008

Melayu ohhh Melayu.....





Saya salah seorang warganegara Malaysia yang masih keliru status saya, kalau saya Melayu, saya disebut Bangsa Melayu tetapi kadang-kadang saya dipanggil Bangsa Malaysia tetapi bila saya bercakap Bahasa Melayu, bahasa saya dipanggil Bahasa Malaysia.

Anak-anak Melayu masih tercicir dalam bidang pelajaran lantaran tiada tempat dan peluang biasiswa. Gejala sosial seperti gila merempit, dadah, berzina, anak luar nikah, pelacuran & sebagainya menjadi barah dalam bangsa Melayu. Peluang perniagaan yang terhad...ada Melayu yang dapat peluang pun bersikap pengkhianat, tamak dan dengki. Sikap orang Melayu yang mahu "bunuh " Melayu macam membunuh ribuan Hang Nadim. Dalam Malaysia...sepatutnya kawasan perniagaan ada Malays World Centre..tetapi Little Malay pun tidak ada. Bahkan kaum lndia ada Little lndia, kaum Cina dengan China Town dan entah apa-apa lagi. Apa sudah jadi dengan Malaysia ini???


Renungan: (SEDANGKAN BANGUNAN UMNO DI PWTC YANG TERSERGAM INDAH PUN TIDAK DITULIS PENUH DALAM BAHASA MELAYU RUMI...APATAH LAGI DALAM TULISAN JAWI SEBAGAI MERCU TANDA MELAYU......TETAPI BANGUNAN MIC ADA TULISAN TAMIL....BANGUNAN MCA ADA TULISAN MANDARIN!!!!!!!!! APA SUDAH JADI.......TOLONGLAH WAHAI PARA PENGARANG /WARTAWAN LIDAH MELAYU....SUARAKAN HATI ORANG MELAYU SEKURANG-KURANGNYA MERCU TANDA MELAYU PWTC YANG HANYA TERCATAT "umno' SAHAJA ADA DITULIS PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU dalam tulisan rumi dan jawi).
32 tahun saya hidup tanpa menghiraukan politik. Bukan niat saya untuk mengatakan politik itu suatu yang kotor dan menjijikkan. Politiklah yang membawa kestabilan negara kita sehingga ke hari ini. Namun apa yang saya kesalkan sejarah perjuangan politik sebelum merdeka dan sesudah merdeka di bawah pucuk pimpinan YM Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan beberapa orang lain pemimpin negara amat berlainan benar dengan motif perjuangan orang-orang yang mengelarkan dirinya sebagai pemimpin pada hari ini.Telah banyak sejarah politik tentang negara ini yang saya baca. Perjuangan utama yang pemimpin-pemimpin besar bawa selama ini adalah keamanan, kesejahteran, keharmonian dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia. Sayang seribu kali sayang, perjuangan yang dijulang selama ini semakin pudar motifnya. Lebih ramai orang-orang politik yang masuk bertanding semata-mata inginkan kemewahan hidup, pangkat dan kedudukan. Mereka inginkan dirinya menonjol. Kononnya dalam memperjuangkan hak bangsa. Rupa-rupanya pembohong semata-mata. Mereka adalah harimau yang bertopengkan manusia. Pantang bertemu dengan ruang kesempatan mereka pasti akan menerkan dan membaham. Mangsa-mangsanya adalah rakyat yang daif dan lemah.50 tahun negara kita merdeka. Taraf kemiskinan di negara kita masih tetap tidak berubah. Kemiskinan hidup serancak ekonomi negara yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi tidak hairanlah jika masih ada rakyat Malaysia yang hidup dengan kadar gaji RM300 sebulan. Sampai bila fenomena seperti ini akan berlarutan. Di manakah pemimpin-pemimpin yang mengaku dirinya hebat selama ini.Jika memetik dari sudut sejarah dan tokoh kepimpinan khalifah-khalifah Islam selepas wafatnya Rasulullah SAW. Kehidupan khalifah ini dalam keadan miskin. Jadi apa yang dapat dipetik dari sejarah ini ialah jangan terlalu mementingkan kedudukan sehingga melupakan status kehidupan masyarakat Malaysia.Di harap pemimpin-pemimpin di negara ini janganlah hanya pandai bercakap sedangkan mereka masih bodoh dan tidak berilmu.

Tiada ulasan: