04 September 2009

BEST GILER LAGU-LAGU NI!!!!!!


Ini la lagu dari artis Thailand - Bird Tong Chai..tajuk lagu dia - Oh La Naw..My Love..lagu ni yang Bollywood ciplak ni


Ni la yang membuatkan aku minat ngan band underground Malaysia ni...cuba bayangkan kalau Purevibracion masuk Mainstream ni..gamaknya record label mana yang diaorang pilih..dengar lagu ni membuatkan aku dah boring ngan Bob Marley..best single ever!!!

HARI NI AKU PI AKPK @ BNM (4/9/2009)







Hari ni aku pi AKPK ngan kawan aku nak tau macam mana AKPK membuat pengurusan kewangan..sesi taklimat bermula jam 10.00 pagi kat tingkat 5, Bangunan BNM..nak masuk kena amik suhu dulu depa takut kena H1N1...Taklimat diberi oleh seorang pegawai muda..dia cakap..interest kredit kad akan dikurangkan sebanyak 9% p.a. berbanding 18% p.a. dan instalment yang akan dibayar kelak bermula dari 1% hingga 1.5%...macam best saja aku ingat nak participate laa...kurang interest aku bayar nanti..hari Khamis ni nak wat appointment ngan pegawai tu..sapa-sapa yang nak kurangkan beban kewangan aku cadangkan jumpa AKPK

06 Ogos 2009

Budak-Budak Sekarang Penuh Imiginasi







Karangan Budak Darjah 4 Yang Famous
Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




Cuba anda baca karangan diatas ni..penuh imiginasi budak-budak skarang..Aku e-mail karangan ni kat kawan2 yang lain..depa gelak tak berenti..

Masuk Hospital Pulak - Mohammad Harith











Anak aku yang no.3 masuk hospital pulak..dari hari Ahad demam tak turun-turun. Makan tak mau, main tak mau asyik menangis saja..naik biul dah aku ni. Dah 2 hari tidur tak cukup..aku bawak pi Hospital Pantai Mutiara tapi wad kanak2 penuh pulak..macam pi melancong masa cuti sekolah la pulak..dah tu terpaksa masuk Lam Wah Ee Hospital..jauh sket la..janji anak aku baik dah la..minggu ni aku tuang kerja buang cuti sungguh..

14 Jun 2009

YASMIN COLLECTIONS OFFICIALLY OPEN


























Mula-mula aku sebenarnya tak yakin nak buka kedai nie.Belanja dah la mahal. Kos itulah kos inila. Ada ka orang nak beli kat kedai aku? Sebelum ni pun aku dah survey market dah. Aku ni bukak aras 3. Boleh laku ka? Kak selang 2 pintu dari tempat aku berniaga cakap meniaga ni kena sabar. Kalau 1 hari org tak masuk kedai kita takpa.Meniaga ada pasang surutnya. Kak tu ok jer..Dia cikgu sekolah. Boutique dia anak sedara dia yang run..Dah 3 hari aku meniaga sale baru 2 helai..Kak tu cakap kita ni market org melayu..Org melayu shopping bila time gaji saja..Tapi kalau Hari Raya..sale boleh pi RM3000 sehari..Berpegangkan cakap dia..aku cekalkan hati aku yang dah nak rebah ni..Tapi org sebelah aku pasai apa pun aku tak tau..Nak tegur pun tak mau kita senyum dia buat muka..biaqla..Dia ingat aku ni nak curi customer dia kot..ORG MELAYU MENIAGA KALAU TAKDAK HASAT DENGKI TAK SAH..Kak Zu meniaga depan aku pulak ramah sungguh..kira nak ajak sembang saja..tapi staff dia melentoq..geram aku tengok..saja aku mai bukak kedai awai hari Sabtu & Ahad pasai nak tgk staff dia..

01 Jun 2009

JUMPA KAWAN LAMA @ GURNEY PLACE, 30/5/2009 (MAT ALI DARI LIMBANG, SARAWAK)






Hari tu Capang kol aku pasai Mat Ali baru mai dari Limbang, Sarawak...kata nak jumpa kat kedai baru Sapuan..member aku ni baru bukak kedai kat Gurney Place ngan abang dia, modal each RM800K, brani sungguh dia melabur..kedai dia Korea BBQ Chicken

29 Mei 2009

PREPARATION UNTUK BUKA KEDAI DI KOMPLEK BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG (25/5/2009)











Aku baru saja dapat sewa sebuah shoplot kat Kompleks Bukit Jambul. Sewa RM900,nak renovate kurang-kurang RM2,500. Cadang nak start bisnes 15hb June ni..2 org kawan aku ni tgh wat valuation nak renovate kedai..apa nama aku nak bagi pun tak tau..rasa2nya nak bubuh nama Yasmin Collections..boleh kot nooo..Kedai bini aku jaga ngan kawan dia..harap-harap boleh duit lah ni..pas ni aku nak bukak Cyber Cafe plak